Industri pelancongan
merupakan salah satu sektor yang di dapati semakin berkembang maju dan menjadi
sumber pendapatan terpenting bagi Negara
ini. Hal ini menyebabkan banyak tempat- tempat pelancongan yang di buka dan di
majukan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua
agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan
pembangunan negara yang semakin pesat. Namun, masih ada ruang dan peluang yang
wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan faedah diperoleh daripada
perkembangan sektor ini. Untuk memestikan sektor ini terus maju, pelbagai
langkah yang perlu di ambil agar industri pelancongan dapat dimajukan.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk
memajukan industri pelancongan di Negara ini ialah mengadakan kempen-kempen dan
promosi pelancongan. Kementerian Pelancongan hendaklah mengadakan kempen ini di dalam
atau di luar negeri. Pusat-pusat penerangan pelancongan serta
rombongan-rombongan kebudayaan dan kesenian ke luar negara harus di jalankan
dengan lebih kerap. Ini bertujuan mendedahkan keindahan alam semula jadi dan
keunikan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini kepada masyarakat luar.
Manakala pelancong dalam negara pula boleh ditarik dengan mengadakan
kempen-kempen pelancongan menerusi media ataupun risalah. Program seumpama
Cuti-cuti Malaysia oleh TV3 perlu diteruskan agar masyarakat mengetahui
keindahan negara kita. Ini sekali gus akan mendorong mereka untuk melancong dan
melawati tempat yang tidak pernah di kunjungi
Kempen Tahun melawat
Malaysia yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan juga merupakan salah satu
langkah yang terbaik untuk memajukan industri pelancongan di Negara ini. Tahun
Melawat Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke negara
kita dengan lebih besar bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini
mennyediakan pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini.
Misalnya, pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para
pelancong. Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan lagi sambutan
Tahun Melawat Malaysia ini. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga
memikul tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan yang kompetetif. Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat
pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini.
Langkah seterusnya adalah dengan meningkatkan
taraf keselamatan pelancong. Hal ini perlu di titik
beratkan untuk menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di
negara kita. Kita tidak seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat
kita yang kadang lupa diri dan suka mengambil kesempatan ke atas pelancong.
Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak
polis menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian rogol, mencabul
kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani. Ini perlu
dilakukan agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini dan memelihara
imej negara.
Langkah lain yang boleh dilakukan untuk menarik
kedatangan pelancong adalah dengan meningatkan dan menambah prasarana
pelancongan yang selesa, jimat, mencukupi dan mudah. Penyediaan hotel,
chalet, tandas, pengangkutan awam, bekalan air dan elektrik adalah penting
untuk pembangunan industri pelancongan. Kerap berlaku pelancong terkandas atau
terlewat sampai ke destinasi akibat masalah pengangkutan, misalnya untuk ke
Taman Negara dan lain-lain destinasi di pedalaman. Kerap berlaku juga masalah
tandas yang terhad dan berbau busuk, selain bekalan air dan elektrik yang kerap
meragam. Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong tertarik untuk berkunjung
lagi ke sini.
Memperkenalkan produk pelancongan baharu juga merupakan salah
satu langkah yang boleh dilaksanakan untuk menarik minat pelancong dari
pelbagai negara. Pelbagai produk pelancongan yanng boleh diterokai oleh
pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan hendaklah menggalakkan masyarakat
melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Kerajaan turut
memperkenalkan produk Inap Desa iaitu menyediakan "Homestay". Program
Inap Desa ini telah menarik minat pelancong untuk berkunjung ke negara ini.
Kerajaan telah menggalakan masyarakat untuk menjalankan program ini untuk
meningkatkan lagi ekonomi negara melalui industri pelancongan. Selain itu,
Buah-buahan tempatan yang bermusim turut menarik minat pelancong ke negara ini
dengan merasai suasana dan keenakan buah-buahan tmepatan yang hanya terdapat di
negara ini.
Selain
itu, konsep pelancongan kesihatan,
agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan.
Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim
durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk pelancongan yanng
diperkenalkan mestilah dapat menarik hati para pelancong. Biasanya pelancong
luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus
mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan
mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempatan. Sebagai contoh,
pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan
mendalami cara hidup mereka. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk
pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor Pelancongan di negara ini.
it is really very nice...its useful for me ...i think i can get full mark for that subject...i can win...yahoooo
BalasPadamGood luck
PadamThanks for sharing.
BalasPadamthanks very much for sharing
BalasPadamIsi yang sangat membantu 👍
BalasPadamBoek , terima kasih, sangat padat Dan layak mendapat markah penuh
BalasPadam