Sistem Sokongan Oleh Pihak Kerajaan
Teras keseluruhan dasar dalam sektor pelancongan
ialah untuk mencapai pertumbuhan pelancongan yang mampan bagi merealisasikan
potensi pekerjaan yang banyak dan kesan penjanaan pendapatan di tahap negara,
negeri dan kawasan tempatan.Satu pendekatan holistik dan bersepadu yang memberi
pengaruh keatas inovasi dan daya tenaga sektor swasta, layanan baik,
sopan-santun dan kesedaran sivik orang awam dan juga sokongan dari Kerajaan
adalah amat perlu untuk menaikkan industri pelancongan ke tahap pencapaian yang
lebih tinggi.
Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menyediakan penyampaian perkhidmatan
pelancongan dan menyediakan aktiviti program
kegiatan pelancongan yang berkualiti bagi menggalakkan
penglibatan dan penghayatan masyarakat terhadap industri pelancongan. Antara
program pelancongan yang telah di laksanakan oleh pihak kerajaan ialah program
Sukarelawan Pelancongan, Program Malaysia Rumah Kedua Ku, Pelancongan Pelajar,
Pelancongan Pendidikan,Agro Pelancongan Dan Pelancongan Sukan.
Oleh yang demikian, pelbagai prasarana pelancongan yang
bermutu tinggi dan berdaya maju di seluruh negara telah dibina di samping
menguatkuasa dan melaksanakan peruntukan-peruntukan dalam akta industri
pelancongan, akta pelesenan kenderaan pelancongan termasuk peraturan-peraturan
di bawahnya dilaksanakan sepenuhnya secara efisien dan efektif. Usaha ini
selaras dengan matlamat untuk mempromosikan negara sebagai destinasi
pelancongan yang unggul di peringkat domestik dan antarabangsa. Program utama yang dilaksanakan termasuk pengekalan dan
pemuliharaan tempat bersejarah, peruntukan dan menaiktaraf infrastruktur
berkaitan pelancongan dan juga peningkatan kualiti produk pelancongan dan
perkhidmatan.
Pihak kerajaan juga
memberikan sumbangan dalam meningkatkan industri pelancongan melalui penubuhan
Dasar Pelancongan Negara. Pihak kerajaan telah melancarkan kempen
"Tahun Melawat Malaysia" yang bertujuan untuk menggalakan pelancong
asing untuk datang ke Malaysia dengan memperkenalkan kebudayaan tradisi
pelbagai etnik, kepelbagaian makanan, permainan warisan. Dengan usaha ini,
Malaysia akan lebih dikenali di peringkat antarabangsa melalui keunikan yang
tidak terdapat di negara lain disamping nilai ketimuran dan sopan santun yang
diamalakan turut menarik pelancong asing ke Malaysia.
Selain itu, Tourism
Malaysia yang di perkenalkan oleh pihak kerajaan turut meningkatkan
usaha mereka dengan mempromosikan dan memasarkan industri pelancongan sepenuhnaya
melalui digital dan penggunaan perkakasan interaktif dan media sosial yang
inovatif untuk menawarkan pengalaman pelancongan yang di sesuiakan mengikut
keperluan pasaran pelancongan. Media sosial digunakan untuk menguasai pasaran
pelancongan kerana sistem media merupakan talian yang sangat popular sebagai
rujukan pelancong dalam membuat keputusan melancong.
Antara sokongan
lain kerajaan untuk mebangunkan industri pelancongan ialah dengan mewujudkan tabung
pembagunan infrastruktur Pelancongan. Tabungan pembangunan
infrastruktur merupakan satu skim kemudahan untuk pembiayaan pinjaman dana
pelancongan yang berterusan dan bertujuan untuk membantu pengusaha yang ingin
membangunkan dan mengembangkan produk pelancongan mereka. Insentif kerajaan
dalam memajukan pelancongan di Malaysia ialah Skim Bantuan Kebudayaan, Bantuan
Bimbingan Seni dan Sumbangan tabungan tajaan Seni. Insentif dan tabungan ini di
perkenalkan oleh kerajaan adalah untuk membina dan membangunkan Industri
pelancongan untuk meningkatkan ekonomi Negara ini.
Pihak kerajaan
juga telah memperkenalkan kursus-kursus pelancongan seperti
“We Are The Hist (WATH)”, Kursus ini di perkenalkan adalah untuk melatih
barisan hadapan dalam sektor pelancongan. Kursus “Eco-Host Malaysia” juga telah
diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai
keperluan dan pemuliharaan alam sekitar. Selain itu, Program “Think Tourism”
juga di perkenalkan adalah untuk memberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan
kepada frontliners’ bagi melengkapkan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran
dalam industri pelancongan yang mementingkan kualiti tahap pekhidmatan
palanggan.
Selain
itu, Satu sistem yang dikenali sebagai "Tagal" merupakan
salah satu sistem yang digunakan untuk menyokong industri pelancongan di
Malaysia. Tagal adalah satu kaedah pengurusan biosfera yang popular di sabah.
Tagal juga lebih dikenali sebagai “bombon” yang bermaksud jangan dalam bahasa
kasazandusun. Sitem tagal ini merupajan satu kaedah tradisional yang telah di
ubah suai menjadi satu sistem pengurusan yang lebih tersusun di bawah pemantauan
jabatan perikanan negeri. Malalui sistem ini, penggunaan sumber semulajadi akan
dihadkan dengan mangwujudkan zon rizab dan limitasi penuaian sumber sungai.
Pada masa yang
sama juga, pihak kerajaan dan swasta sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan produk pelancongan
negara agar tidak terlalu bergantung kepada produk sedia ada.
Sehingga kini, terdapat pelbagai produk baru yang telah diperkenalkan dan
diterokai dan dimajukan untuk memenuhi citarasa pelancong. Antara produk baru
yang diperenalkan ialah pelancongan sukan melalui pelbagai acara yang di
anjurkan yang bertaraf antarabangsa seperti “Tour De Langkawi”. Kerajaan juga
menonjolkan industri pelancongan melalui khazanah alam semulajadi di Malaysia
seperti Taman Negara Belum dan Taman Negara Kinabalu yang telah di iktiraf
sebagai Tapak Warisan Dunia Oleh UNESCO.
Sistem Sokongan Oleh
Pihak Swasta
Sektor swasta pula manawarkan insentif kemudahan penerbangan
melaui syarikat Air Asia dimana syarikat ini telah menawarkan pakej tambang
murah kepada pelancong tempatan dan pelacong asing yang menggunakan
perkhidmatan pengangkutan udara. Hal
ini turut membantu kerajaan untuk mempromosikan negara dengan imej menarik yang terdapat di Malaysia
Antara sumbangan
lain Air Asia terhadap industri pelancongan ialah di Sabah dari segi jaringan
perhubungan dan membawa jumlah pelancong tertinggi ke Sabah sepanjang tahun
2013. Syarikat penerbangan tersebut juga telah meningkatkan jaringan
perhubungan ke Sabah dengan penerbangan antarabangsa dan domestik dengan 23
destinasi yang membolehkan para pelancong meneroka tempat-tempat menarik
bertaraf dunia selain mencari peluang perniagaan bagi negeri Sabah. (astro
awani, 23 nov 2015).
Selain itu, penubuhan agensi-agensi pelancongan di
setiap negeri juga merupakn salah satu sokongan pihak swasta dalam meningkatkan
tahap pembangunan pelancongan di Negara ini. Agensi pelancongan di setiap
negeri di Malaysia pastinya akan menawarkan perkhimatan pelancongan dengan
mempromosikan tempat-tempat menarik yang harus di kunjungi oleh para pelancong
dari luar mahupun dalam Negara. Agensi pelancongan ini, sekaligus akan
memperkenalkan tempat-tempat menarik dan keistimewaan dan keunikan yang
terdapat dalam negeri masing-masing. Sebagai contoh. Agensi pelancongan “Amazing
Borneo Tours & Evens Sdn.Bhd” di sabah. Agensi ini berfungsi dalam
pengendalian aktiviti Pelancongan di sabah dan Sarawak. Agensi ini akan
memperkenalkan pelancong tetang keunikan yang terdapat di Borneo. Agensi ini
juga menawarkan perkhimatan pakej pelancongan terbaik dan memusakan kepada para
pelancong.
Sokongan pihak swasta dalam Industri pelancongan juga adalah melalui penubuhan Persatuan
Tour & Travel Agents (MATTA) yang telah ditubuhkan pada tahun 1974.
MATTA telah berkembang daripada sebuah persatuan ejen pelancongan dengan
kira-kira 30 ahli untuk satu dengan lebih daripada 2,007 ahli yang terdiri
daripada semua ejen pelancongan dan pengusaha pelancongan Negara. Persatuan ini
turut di ikuti oleh pelbagai gabungan agensi pelancongan luar negara. Ia juga
merupakan badan perwakilan kebangsaan bagi industri pelancongan keseluruhan di
negara ini. Matta mempuyai cawangan di seluruh Negara. Dengan ini, Industri
pelancongan pastinya akan lebih berkembang dan meningkatkan ekonomi Negara
kerana ianya turut di perkenalkan ke luar Negara melalui ahlinya yang terdiri
dari Negara-negara asing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan