Sebagai
rakyat Malaysia yang prihatin, kita perlulah mengambil tahu terhadap tahap
pertumbuhan industri pelancongan dengan memperlihatkan rasa cinta akan Negara
dengan mengambil bahagian dalam setiap program yang telah dilancarkan oleh
kerajaan. Sebagai contoh ialah melawat tempat-tempat pelancongan di dalam
Negara sebelum bercadang untuk melancong ke luar Negara.
Seperti
yang kita ketahui, Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai keindahan
alam semulajadi dan keunikan dengan pelbagai etnik dan budaya yang tidak terdapat
di tempat lain. Hal ini akan meningkatkan rasa bangga kita terhadap keindahan
alam semulajadi selain dapat mempelajari budaya lain dalam Negara sendiri yang
tidak pernah kita pelajari. Pada hari ini, dapat di lihat masyarakat di Negara
ini lebih gemar melancong ke Negara asing berbanding Negara sendiri dan mereka
lebih merasa bangga dapat melancong ke Negara lain. Hal ini secara tidak langsung
akan mengurangkan rasa cintakan Negara dan ini turut memberikan impak terhadap
industri pelancongan di Malaysia.
Bagi
memastikan usaha menggalakkan sektor pelancongan terus dilaksanakan, kerajaan hendaklah
mempergiatkan lagi promosi untuk merancakkan aktiviti pelancongan yang diadakan
di negara kita. Hal ini menjadi kesinambungan kepada usaha-usaha yang
dilaksanakan pada awalnya. Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik,
program-program kebudayaan dan kesenian serta karnival jualan besar-besaran
boleh dilaksanakan dengan komitmen yang padu bukan hanya sekadar melepaskan
batuk di tangga. Pihak kerajaan hendaklah mempergiat lagi usaha agar setiap
yang telah direncanakan akan berjalan dengan lancar dan berterusan.
Selain itu, sebagai
pelajar kita juga mempunyai tangungjawab untuk mempertingkatkan lagi tahap
pertumbuhan industri pelancongan di Negara ini. Sebagai pelajar kita seharusnya
mempelajari dengan lebih terperinci tentang tahap perkembangan industri
pelancongan di Negara ini. Perkara ini, secara tidak langsung akan memupuk
perasaan cintakan Negara setelah mengetahui kelebihan dan keindahan alam
semulajadi di Negara ini. Dengan mempelajari ilmu tentang industri pelancongan
ini juga, sekaligus akan membuka minda kita sebagai pelajar untuk mengambil
bahagian dalam industri ini setelah tamat pengajian kelak. Ini kerana, terdapat
banyak lagi peluang yang yang dapat di peroleh melalui industri pelancongan di
Negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan